22 April 2012, Shah Alam: Tahniah diucapkan kepada Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) kerana telah berjaya melaksanakan Muktamar Dwi Tahunan Kali ke-6 MGPNS. Muktamar yang berlangsung gilang gemilang itu telah diadakan di Perbadanan Awam Perpustakaan Selangor(PPAS). Tarikh sejarah 22 april bersamaan 30 Jamadilawal 1433H ini merupakan perubahan jawatankuasa MGPNS untuk sesi 2012-2014. Dimana muktamar kali ini melibatkan pemilihan jawatankuasa yang baru setelah MGP kawasan melaksanakan proses yang sama di kawasan masing-masing selain mengesahkan mesyuarat tahunan yang lalu dan usul-usul dari MGP kawasan.
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Sdr Mohd Sany
Hamzan selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS).
Diharap penyampaian taujihad dari TKP dapat menyutik semangat guru PASTI
Selangor agar dapat berkhidmat dengan ikhlas dan membantu mengekalkan
kemenangan kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum
muktamar bermula sesi taklimat pemilihan Jawatankuasa MGPNS telah di
berikan oleh Sdr. Mohd Rozi Bin Malek. Manakala penerangan khusus tabung
kebajikan PASTI juga di terangkan oleh Setiausaha kerja PNS Sdr Mohd
Al-Hafiz Bin Adzhan. Ini Bagi melancarkan pemilihan serta pentadbiran
PASTI di semua peringkat.
|
Para Guru Mendaftar |
|
|
|
Suasana dewan |
|
Ucapan Ketua Majlis Guru PASTI Selangor |
|
Kata Taujihad dari TKP |
|
Tetamu VIP yang hadir: Dari kiri, Pn Norhayati(Ketua MGPNS, Pn Maimoon(Penaziran Selangor), Pn. Nor Riha Yusof (DMPNS), Sdr Mohd Sany Hamzan(TKP DPPNS), Cikgu Syukri (Tim. Pgrh PNS), En. Rozi Malek(Tim. Pgrh PNS) |
|
Penyampaian Saguhati kepada Ketua MGP Kawasan |
|
Kerja pengundian berlangdung |
Tahniah dan takziah diatas mereka yang berjaya memenangi dan menjadi saff kepimpinan MGPNS Keptusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad. Diharap ia dapat menguatkan lagi serta menantapkan lagi MGPNS ke peringkat lebih baik dan diredhai ALLAH. Berikut diumumkan saff kepimpinan Majlis Guru PASTI Negeri Selangor(MGPNS) bagi sesi 2012-2014
Pengerusi Tetap:
Pn. Aliah Bt Omar(Kuala Langat)
Timbalan Pengerusi Tetap:
Pn.Azlinda Bt. Abu Hanifah(Shah Alam)
Pengerusi MGPNS:
Pn. Norhayati Bt Abdul Razak(Selayang)
Naib Pengerusi MGPNS:
Pn. Nor Jaswati bt Ismail(Klang)
Ahli Jawatankuasa MGPNS:
- Ustazah Salimah Bt. Sain(Sepang)
- Pn. Napisah Bt. Nawi(Gombak)
- Pn. Mazni Bt Osman(Kuala Langat)
- Pn. Mislia Bt Sohod(Sabak Bernam)
- Pn. Ruhaiza Bt Mohamed(Gombak)
- Pn. Rozita Bt Mad Yasin(Serdang)
Pemeriksa Kira-kira 1:
Pn. Siti Fatimah Bt. Sabran(Kapar)
Pemeriksa Kira-kira 2:
Pn. Normah Bt Palidin(Hulu Langat)