24Ogos2014, Shah Alam: Bertempat Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor telah berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor(DPPNS) Kali ke-48. Berkonsepkan suasana syawal muktamar DPPNS dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi selaku Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM). Majlis perasmian turut di hadiri oleh wakil DPPM, Y.B Tuan Iskandar Bin Abd Samad selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Tuan Haji Sallehin Bin Mukhyi selaku Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Puan Dr. Halimah Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor serta wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) Negeri Selangor.
Amanat dalam ucapan Ustaz Syarhan Humaizi Ketua DPPNS di mulakan dengan petikan ayat Al-Quran Surah Alfath ayat 29. Antara intipati ucapan Ketua DPPNS iaitu pemuda PAS perlu memperkasa PAS dan mempertahankan gagasan kepimpinan Ulamak. Pemuda juga perlu melakukan strategi yang bersepadu melalui proksi yang ada serta menyatukan ukhwah dikalangan anak muda. Pemuda juga perlu kepada optimakan tarbiyah dalam diri setiap ahli agar dapat mengikis masalah dalam jemaah. Selain itu dalam bersama dalam kerajaan negeri pemuda diingatkan agar meluaskan posisi kedalam pentadbiran dan masyarakat agar gerak kerja dakwah dapat di perluaskan. Akhir sekali pemuda perlu menghayati simpulan amal dan tarbiyah agar janji-janji Allah di perolehi.
Turut berucap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dimana Yang Berhormat Tuan Iskandar ialah ketaatan ahli kepada pimpinan jemaah. Segala rasa tidak puas hati, perlu dibincangkan sesama kita dan tidak perlu membuat ijtihad sendiri di luar yang melangkaui pimpinan PAS. Beliau juga memperingatkan bahawa tiada guna tahaluf jika tidak membawa keuntungan kepada Islam dan gunakan langkah ini dengan baik dan bijak. Disamping itu ahli PAS perlu bersama dengan rakan tahaluf berkerja secara menyeluruh agar memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Ucapan perasmian Timbalan Ketua DPPM, Ustaz Khalil menjadi tumpuan utama para muktamirin. Beliau memperingatkan bahawa beruntungnya para pemuda yang mewarisi perjuangan nabi kerana berada dan bersama dalam memperjuangkan Islam. Ahli juga diperingatkan sejarah penubuhan PAS adalah bagi memastikan Islam memerintah dan bukan diperintah. Bagi mencapai matlamat ini perkara melibatkan pemahaman dasar PAS, melahirkan kepimpinan yg terbaik, meneroka dan merancang strategi di pelbagai sudut. Beliau berharap tiada kekeliruan dalam dasar PAS yang tidak berubah namun strategi boleh berubah dan strategi tersebut perlulah mengikut nas-nas syarak. Ustaz Khalil juga menyatakan keterbatasan akal. Dimana ada benda yang dirasakan untung, tapi nas melarangnya. Maka Pemuda PAS wajib ikut nas walau akal tidak boleh terima termasuklah politik. Dalam melalui kemelut Selangor, Ustaz Khalil berharap Pemuda PAS Selangor bersabar dan rakyat sedang melihat prinsip kejujuran PAS serta berharap pemuda menjadi benteng perjuangan. Sebagai contoh perasmi berharap agar muktamirin belajar dari perang Ahzab
Majlis turut diserikan dengan penyampaian anugerah dari Jabatan Pendidikan PASTI dan Jabatan AMAL. PASTI Kawasan terbaik dinilai melalui pencapaian pengurusan yang telah ditetapkan oleh PASTI Malaysia. Tahniah bagi PASTI kawasan Kapar yang mendapat markah 86% serta PASTI kawasan Shah Alam sebanyak 88%. Bagi Jabatan Amal, anugarah ahli teramai telah di nobatkan kepada Jabatan Amal Kapar manakala Jabatan Amal Terbaik di sandang oleh Jabatan Amal Serdang setelah disaring 5 kawasan. Tahniah buat semua kawasan yang berusaha menjadikan lajnah dan jabatan sebagai saluran dakwah dan mendekati masyarakat.